Thursday, 19 April 2018

Pengalaman Cabut "Impacted Wisdom Teeth" a.k.a Gigi Geraham Bongsu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Harini merupakan hari kedua selepas saya operate buang impacted wisdom teeth saya and saya nak cerita sikit la pasal cabut gigi geraham bongsu yang sedap duk terbaring dalam mulut saya ni. Okay, gigi geraham bongsu ni adalah gigi geraham yang ketiga tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. So, gigi ni kerap terhimpit (terimpak) disebabkan ruang dekat rahang mulut tidak cukup untuk gigi ni tumbuh dengan sempurna. Bila ruang tidak cukup, mula lah ia buat onar. Haha. Biasa nya gusi bengkak, berdenyut-denyut sampai tak boleh tidur malam, demam, susah nak bukak mulut, susah nak makan dll. 




Kalau gigi dah macam ni better cabut dari simpan. In future, gigi ni akan menganggu ketenteraman dan keamanan hidup korang.



So, ni lah rupa "Impacted wisdom teeth" yang telah menganggu hidup saya. Hihi.


Berbalik pada cerita saya, sebelum ni ada jugak sakit berdenyut-denyut macam nak demam, nak telan orang tapi sakit nya datang dlm 2 3 bulan sekali. Gigi geraham tu nak keluar tapi takde ruang, so habis la gigi depan dia pon ditolak nya sekali. So sakit tu datang kejap-kejap jer macam chipsmore. Kejap ada kejap takde. Saya pon chill la lagi as long tak berlama-lama sakit nya, saya masih bertahan tak pergi jumpa doktor. Hihi. Tapi last week paling nightmare untuk saya. Sakit gigi geraham bongsu datang menyerang lagi. Ingatkan kejap jer sakit nya, pastu hilang macam sakit sebelum-sebelum ni, malang nya sakit tu tak hilang malah berlarutan sampai ke minggu seterusnya. Peak time untuk sakit gigi tu menyerang adalah selepas Asar sampai ke tengah malam sampai ke dinihari. Sengsara nya hanya Tuhan yang tahu. Time tu jugak lah rasa macam nak hantuk kepala kat dinding kan? Hehe. Pagi time nak pergi kerja, elok pulak gigi tu tak berdenyut. Saja tak nak bagi kita MC awal la tu. Haha. Masa peak time berdenyut tu, nak gi klinik pon klinik dah tutup kan, so saya pon search la petua untuk kurangkan rasa sakit tu kt Encik Google. Ada yang suruh kumur air garam, letak bunga cengkih la, letak daun jambu batu, letak daun bayam, letak daun teh hijau. Hurmm. Air garam tu boleh la buat, tapi tak jalan jugak. Yang lain-lain tu tak dapat nak sediakan maklumlah rumah bujang, banyak lah barang yang takde. Sampai lah saya ada terbaca letak ekstrak vanila kat gigi yang sakit tu dan elok pulak ekstrak vanila memang ada kat dapur, so terus la saya try dan alhamdulillah sakit tu makin berkurang. Nak kata hilang sepenuhnya tidak la tapi rasa berdenyut-denyut sampai urat kat kepala nak keluar tu dah makin susut. Alhamdulillah. Boleh la saya tidur dengan lena, mimpi indah-indah pada malam tu. Hehe.


Memandangkan sakit gigi saya berlarutan dari hari ke hari, saya decide untuk cabut jer gigi geraham bongsu saya ni. Nak simpan gigi ni pon dah takde guna sebab gigi ni tumbuh terbaring and memang gigi ni takde function yang baik pon dalam mulut saya melainkan menambahkan lagi sengsara saya adalah. Haha. So, saya pon call la "klinik medissa kota damansara" tempat saya buat braces (btw saya pon tengah pakai braces skrg ni yer..hihi) untuk tanya kos rawatan untuk cabut impacted wisdom teeth saya ni, and kos nya range RM500-RM800. Memandangkan ni tengah bulan and poket pon tak berapa nak ada then saya try lagi search private klinik yang lain and kawan saya pon ada suggest klinik yang sama iaitu "klinik pergigian rohaya kota damansara". Saya pon search la rate harga kt klinik ni, hurmmm range harga RM700-800 (MOS, X-tray, STO). Haishh, private klinik semua mahal-mahal ea then saya decide why not try jer kt klinik kerajaan. Ada orang kata, kalau buat kat klinik kerajaan ni lambat. Yela ramai orang. Takpela saya try nasib jer dulu. Mana tahu dapat set appointment cepat. Rezeki namanya tu. Hihi. 


Bermulalah cerita saya pergi klinik kerajaan iaitu "klinik pergigian kelana jaya". Kalau kat klinik kerajaan ni satu jela, kena pergi seawal yang boleh. So, hari isnin 16 April 2018 saya sampai kt kaunter pendaftaran klinik pergigian kelana jaya ni tepat pukul 8.50 pagi and alhamdulliah saya sempat untuk dapatkan nombor giliran yang ke 28. Btw klinik pergigian kelana jaya ni just open 30 angka giliran sahaja pada hari tersebut disebabkan diorang ada masalah teknikal. Alhamdulillah syukur saya dapat nombor. Sampai lah turn saya untuk jumpa doktor, Dr Teo yang rawat saya tu cakap tak boleh cabut macam biasa and untuk kes gigi saya ni perlu buat Minor Oral Surgery(MOS) untuk remove wisdom teeth saya. And untuk harini, saya tak boleh buat surgery lagi and kena set appointment lain. Saya cakap kat Dr Teo tu, saya dah seminggu sakit gigi ni, harap doktor boleh cepatkan appointment date saya dan alhamdulillah saya dapat appointment date untuk MOS tu pada 18 April 2018. Alhamdulillah memang cepat proses saya, 2 hari jer saya kena tunggu. Selalu nya 2 minggu kan? Hihi. Memang terbaik la Klinik Pergigian Kelana Jaya =) So, on 16 April tu Dr Teo bagi ubat tahan sakit and saya disuruh untuk ambil X-tray dulu untuk diorang tengok dengan teliti keadaan gigi saya ni.


Tik tok tik tokk dah 18 April 2018. Appointment saya pukul 2.30pm. Berdebarnya hanya Tuhan yang tahu. Yela sebab kena operate kan. Tambah pulak malam sebelum operate tu, saya tengok video macam mana diorang operate remove wisdom teeth ni. Memang ngilu. Haishh, pesanan untuk korang yang nak operate buang wisdom teeth macam saya ni, korang jangan tengok video pelik-pelik macam tu yer. Nanti berdebar dengan takut korang akan up jadi tiga kali ganda. Haha. Sampai la turn nombor giliran saya dipanggil. Time ni la perut bergelora, kupu-kupu dalam perut, bulan bintang kat atas kepala, tapi memandangkan doktor yang lead operation saya ni hensem, hilang semua debaran tu. Haha (ni bukan gedik taw, just for nak naikkan confidence level jer..haha). Dr Teo cakap jangan risau, Dr Hash bagus, buat tak sakit. Tarik nafas lega saya, alhamdulillah everything goes well. Before tu kena sign form dulu taw. Nanti nurse datang suroh sign then baru boleh proceed to operation surgery. Dr Hash lead MOS saya and di assist oleh Dr Teo. Memandangkan saya pakai braces, banyak lah sikit soalan yang saya tanya Dr Hash dengan Dr Teo. Yela saya risau kalau bracket braces saya tercabut, dah satu hal pulak saya nak pergi pasang dengan mulut tak boleh nganga luas ni. Dr Hash cakap insyaAllah takkan tercabut. Alhamdulillah lega saya. Dr Hash bagitahu lagi, gigi depan gigi geraham bongsu tu dah berlubang and perlu tampal and probability untuk gigi tu retak during operation pon tinggi. And Dr Hash explain lagi procedure MOS ni. Saya hanya dengar dan angguk-angguk jela.  So bermula lah detik cemas dalam hidup saya. First sekali saya dibius 4 kali oleh Dr Teo. Tengok jarum bius tu memang menakutkan tapi korang jangan risau, tak sakit pon. So doktor biarkan mulut saya kebas dulu dalam 10-15 minit then baru Dr Hash start operate gigi saya. Sebelum start operate tu, Dr Hash check dulu sama ada saya ada rasa sakit atau tak (just to make sure ubat bius tu berfungsi dengan baik). Tulang gusi saya dipotong, di drill, gigi tu dipulas dan dirobek sikit and finally dalam 20 minit, keluar lah gigi geraham bongsu saya dengan jayanya. Walaupun proses nya nampak ngeri dan sakit, seriously saya tak rasa sakit pon. Terima kasih untuk ubat bius yang mujarab tu yer. Hihi. Just rasa sedikit pressure disebabkan tekanan jari Dr Hash semasa nak keluarkan gigi bertuah saya tu jer. Rupanya gigi geraham saya ni pon dah berlubang. Gigi dah keluar, so time untuk jahit gusi la pulak yer. Jahitan saya agak panjang, tiga kali saya kena jahit. Lebih kurang 40 minit, semua selesai. Dr Hash tunjuk gigi saya dan tanya nak bawak balik ke? Saya pon macam hurmmm takpela doktor. Tak nak lah saya simpan nightmare saya tu. Haha.



Alhamdulillah semua selesai, bracket braces saya pon takde yang tercabut. So dah settle operation, Dr Hash explain la sikit katanya disebabkan awak nak MC 3 hari jadi saya terpaksa potong sikit tulang gusi awak. Baru la berbaloi MC awak tu. Haha. Adushh, sempat lagi doktor ni buat lawak dengan saya. Hakikat nya memang kena potong, potong jela doktor. So, Dr Hash sambung lagi explain do and don't after surgery.



Do


  • Balik rumah teros makan ubat tahan sakit and antibiotik (for sure sampai rumah ubat bius dah habis, time ni la sakit tu akan datang menyerang)
  • Habiskan ubat antibiotik
  • Make sure makan dulu before makan ubat (Dr Hash kata dos ubat tu tinggi, takut kena gastrik pulak nanti)
  • Makan benda soft, tak pedas (senang citer makan bubur jela)
  • Makan benda sejuk macam ice-cream (bantu untuk cepatkan pembekuan darah)
  • Muka akan bengkak esok nya (so Dr Hash suroh tuam pakai ais bagi surut bengkak tu)
  • Tukar kapas gauze setiap 30 minit
  • Kalau pendarahan kt tempat jahit tu macam air terjun, terus pergi klinik or emergency.
  • Rehat secukupnya.

Don't
  • Jangan kumur satu hari. Walaupun air liur tu dah bercampur darah just telan jer air liur tu.
  • Jangan makan or minum benda panas (ni boleh menyebabkan bleeding lg)


So dah settle semua, Dr Hash bagi MC 3 hari bersama dengan ubat tahan sakit, kapas gauze dan antibiotik. Next appointment hari Jumaat depan 27 April 2018 untuk bukak jahitan dan tampal gigi depan gigi geraham saya yang berlubang tu. MC dah dapat, ubat dah dapat, nasihat dah dapat, tiba lah masa untuk saya buat pembayaran. Alhamdulillah kos operate gigi geraham bongsu saya hanya RM 50 dan RM1 untuk pendaftaran. So total hanya RM51 sahaja. Nampak tak banyak penjimatan nya di situ. Kalau private klinik dah melayang RM800. Hihi.


Malam pertama selepas operate, 

Sampai jer rumah saya terus makan ice-cream and makan ubat. Lepas tu saya terus tidur bagi kurangkan rasa sakit tu. Pendarahan dah berhenti sejak petang tapi azab nk nganga mulut luas-luas and telan air liur hanya Tuhan yang tahu. Sakit Ya Rabbi.  Muka saya pon dah start bengkak pada malamnya. Nak tidur pon tak lena. Saya terpaksa letak dua bantal bagi tinggi sambil tuam ais then baru boleh tidur. Jangan lupa makan ubat tahan sakit dengan antibiotik yer. Kalau tak makan jangan harap korang boleh tidur dengan nyenyak nya yer. Haha.

Pipi sebelah kiri saya dah start bengkak. Nak senyum pon dah tak boleh =(



Hari kedua selepas operate,

Bangun jer tidur, tengok muka macam monster. Bersegi-segi muka jadi nya. Yela sebab bengkak kan. Sakit masa nak telan air liur dah makin berkurang. Alhamdulillah. Nak nganga mulut luas-luas memang tak dapat la. Haha. Menyanyi apatah lagi. Saya masih lagi makan bubur, sebab senang terus telan tak yah kunyah. Ubat jangan lupa makan yer. Kalau tak lambat lah healing proses nya.


Weekend ni saya ada appointment tukar Oring braces kt klinik medissa kota damansara. Memandangkan saya tak leh nganga luas-luas terpaksa lah saya postpone appointment tu=(
Tak sabar saya nak tunggu waktu nak bukak jahitan. Dah bukak jahitan, boleh lah saya makan puas-puas. Yabeda bedu. Hihi.


Just soft reminder untuk korang yang mengalami masalah sama dengan saya. Pergi lah jumpa dentist untuk cabut gigi tu, jangan biar sebab in future gigi tu akan sakit lagi. Nightmare untuk korang. Korang jangan takut, memang dengar operate gigi ni macam menakutkan but trust me, during operation tu tak sakit pon. Thanks Dr Hash! and Dr Teo too! Sakit sikit pon masa healing proses jer. Cuba korang perati gambar kt bawah ni, kalau gigi tu dibiarkan, macam ni lah jadi nya nanti. Jangan dah sakit teramat baru korang nak cabut (macam kes saya la..hihi), doktor takkan cabut masa gigi tengah sakit. After gigi tu dah tak sakit then baru boleh cabut. So pesan saya "Prevention is better than cure". Masa tengah tak sakit ni, pergi lah cabut dulu =)


Pengalaman Cabut "Impacted Wisdom Teeth" a.k.a Gigi Geraham Bongsu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Harini merupakan hari kedua selepas saya operate buang impacted wisdom teeth saya and saya na...